12 February 2008

Jangan mengeluh ketika diuji.

Kita sering mengeluh ketika kita diuji..
Ada bermacam-macam ayat yang biasa kita dengar. "kenapalah aku diuji macam ni!!" "kenapa tak jadi kat orang lain, kenapa jadi kat aku!!!"

Ayat-ayat seperti di atas biasa kita dengar bila seseorang itu diuji. Dan yang paling menyedihkan, mereka seolah-olah menyalahkan Tuhan kerana menurunkan ujian kepada mereka.

Sedangkan ada sepotong ayat Quran yang menyatakan, `jangan kamu kata kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji". Sebenarnya ujian yang menimpa kita adalah untuk mengukur tahap kesabaran kita dalam menumpuh sesuatu bala bencana.

Mungkin Tuhan hendak menaiktarafkan kehidupan kita dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik dari sekarang, mungkin juga Tuhan mahu menambahbaik keadaan yang sedia ada pada kita sekarang ini dan mungkin juga Tuhan mahu agar hambanya tahu bahawa bala bencana, cabaran dan ujian yang datang itu sebagai petanda agar kita umat manusia insaf dan sedar tentang betapa hampirnya dunia ini sampai ke punghujungnya.

Jadi marilah kita merenung ke dalam diri kita agar dapat kita menginsafi segala kesalahan yang telah kita lakukan di atas muka bumi Tuhan ini.

No comments:

saya budak baru belajar

saya budak baru belajar