Penulis

     Saya cumalah seorang hamba Allah yang serba kekurangan. Nama diberi adalah Hakimin bin Hassan alhasnawi. Anak ke-5 dari tujuh orang adik beradik. Hasil perkongsian hidup antara kedua ibubapa saya iaitu Almarhum Haji Hassan bin Ahmad dan Hajah Ishah binti Ariffin. 
Alhamdulillah, telah pun Allah izinkan untuk berumahtangga dengan Puan Nor Hasnita binti Othman dan telah pun dikurniakan 2 orang cahaya mata. Hasnan Al-hakim dan Hanani Az-zahra`. 

Pendidikan

- peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar, Beruas, Perak.
- peringkat menengah di Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, Bt 8, Changkat Jering, Taiping, Perak.
- peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Perlis dalam bidang Usuluddin.
- peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin, pengkhususan Tafsir, Ulum Quran dan Perbandingan Agama.
- peringkat Master di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, dalam bidang Usuluddin. Tetapi malangnya terpaksa ditangguhkan dahulu kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pengalaman bekerja

     Saya pernah bertugas sebagai seorang Motivator dan Perunding Latihan bersama dengan YM Dr Hj Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Telah mendidik lebih dari 60,000 orang pelajar. Saya juga menjalankan sesi runding-cara kepada para pelajar dan ibubapa. Ceramah motivasi saya merangkumi ke seluruh tanah air termasuk juga Sabah, Sarawak dan Singapura. 
Hari ini juga saya merupakan Associates Trainer ke MAP Training And Consultancy Sdn Bhd.

     Saya pernah bertugas sebagai Pensyarah di salah sebuah Kolej swasta di Ipoh, Perak. Dalam pada masa yang sama merupakan seorang Kaunselor kolej berkenaan.

Di samping itu juga, saya juga mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan sejak dari tahun 2009 lagi yang dijalankan secara separuh masa. 

     Dan sekarang merupakan Pengurus Besar di Cerah Masa Depan Training And Resources (IP0378043-T).

Media Massa

     Pernah secara langsung ke udara di TV1 dalam rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia. Selalu ke udara di Radio Perak fm dan radio-radio negeri. Pernah juga dijemput untuk menjadi Ahli Panel Forum Perdana Ehwal Islam peringkat Daerah Manjung, Perak. 

     Kesimpulannya, saya hanyalah insan biasa tetapi mempunyai mentaliti yang luar biasa untuk berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat. InsyaAllah jika berkemampuan saya juga akan menarik anda bersama saya untuk berjaya. Saya hanya akan tolong kepada orang sudi untuk menolong diri sendiri.

"Prove Yourself Is Someone The Best"

Insya Allah.

Ikhlas,
Inspirasi Akhlak

No comments:

saya budak baru belajar

saya budak baru belajar