07 June 2013

Hadis ke-4 dari Hadis 40 Imam Nawawi

Gambar Hiasan
Hadis tentang penciptaan manusia

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'ud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
 
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.  

Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة) ) 
nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal
kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).
 
Kefahaman Hadis :
1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia, untuk
mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh
atau gelojoh.
 
2) Ditiup Ruh :
Sepakat ulama’ menyatakan bahawa roh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan roh) - dikira sebagai jenayah dan wajib
membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu.
Gugurkan sebelum ditiupkan roh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi
pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah
Allah Maha Mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).
 
Pengajaran hadis:
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya
menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi
renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok
bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.
 
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi -
rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah
atau senang.
 
Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh
jadi dia sangat baik sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka,
iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.

14 March 2013

Jangan tinggalkan isteri dan anak-anak dalam keadaan meminta-minta, bhgn 2

Dalam entry dahulu saya ada mengajukan beberapa soalan untuk kita sama-sama fikirkan.
Dalam entry kali ini saya akan menyambung lagi nukilan yang terlintas di fikiran saya dan sudah pastinya ada hubung kait dengan entry yang lepas.

Kita perlu sediakan segala kelengkapan yang bersesuaian sebelum kita menuju ke dunia yang lain, iaitu alam barzakh. Seorang yang bijak semua kelengkapan itu telah disediakan dan telah dipersiapkan supaya apabila ketiadaannya nanti, anak dan isterinya tidak ditinggalkan dalam keadaan meminta-minta.

Saya terkenangkan satu kisah di mana seorang Diplomat Malaysia yang merupakan Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia di Libya meninggal dunia dalam nahas jalan raya ketika menjemput salah seorang hakim dari Malaysia. Beliau bagaikan tahu ajalnya. Oleh yang demikian beliau telah mempersiapkan segala kelengkapan dan persediaan untuk anak dan isterinya. Bagaimana yang dikatakan arwah seorang yng bijak. Arwah telah mengambil satu pelan perlindungan Takaful dan hanya sempat membayar RM300 sekali sahaja. Tetapi apabila beliau meninggal dunia. Isterinya mendapat pampasan sebanyak RM60,000 malah dua anaknya juga menerima pengecualian bayaran premium sehinggalah berusia 25 tahun.

Ini yang dikatakan sebagai kelengkapan dan persiapan yang perlu disediakan kepada anak dan isteri kita sebelum kita melangkah ke alam lain atau sesuatu terjadi kepada kita. Ini juga yang dimaksudkan dengan jangan meninggalkan anak isteri kita dalam keadaan meminta-minta setelah ketiadaan kita nanti.

Renung dan fikir-fikirkan, Semoga Cerah Masa Depan kita.

Ikhlas,
Hakimin Hassan
Cerah Masa Depan
CMD Training And Resources

24 February 2013

Besarnya Rahmat dan Keampunan Allah

Assalam,

Semalam selepas pulang dari keluar minum bersama rakan lebih kurang jam 1.00 pagi, sempat membelek kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi. Terkesan dengan satu hadis ini.

Saya kongsikan disini.

Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : 
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal engkau tidak menyekutui Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

Subhanallah, betapa besar Rahmat dan Keampunan Allah terhadap kita.

Sekadar berkongsi,
Ikhlas
Hakimin Hassan
Cerah Masa Depan

23 February 2013

Jangan tinggalkan isteri dan anak-anak dalam keadaan meminta-minta

Mahfum firman Allah: 

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al-Baqarah:240

Jadi sebelum kita semua meninggal dunia, wahai para suami, siapkanlah segala kelengkapan (makan, pakai dan tempat tinggal) untuk isteri dan anak-anak kita supaya kita tidak disoal tentang tanggungjawab yang belum kita tunaikan.

Persoalan,
- adakah kita bersedia untuk ke alam barzakh?
- adakah kita sudah menyediakan segala kelengkapan untuk anak dan isteri kita?
- adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kita?
- adakah kita sudah menyediakan segala kelengkapan yang mencukupi setelah kita tiada nanti?
- adakah kita kita sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak kita dalam keadaan meminta-minta?


Jadi, sediakanlah kelengkapan itu dengan secukupnya. Macam mana kita hendak sediakan segala kelengkapan itu?
Ikuti entry yang akan datang.

renung dan fikirkan...
Sekadar berkongsi informasi untuk sahabat-sahabat, ikhas dari hati...

Hakimin Hassan
Cerah Masa Depan

23 January 2013

Kenapa Mengantuk Ketika Belajar?

Ini antara sebab kenapa pelajar mengantuk ketika belajar.


1. Terlebih tidur

2. Tak cukup tidur

3. Kurang bersukan

4. Terlebih bermain

5. Kuat makan

6. Cara belajar bosan.

7. Cara guru mengajar bosan

8. Tak ada semangat dan motivasi.

17 December 2012

Siapa yang paling kaya

Mari kita tengok siapa di antara mereka ini yang paling kaya...

Robert Kuok

Vincent Tan

Ananda Krishnan

Syed Mokhtar Al-Bukhari
Apa komen anda???

Ikhlas,
Hakimin Hassan
Inspirasi Akhlak
Cerah Masa Depan

sumber SIM

saya budak baru belajar

saya budak baru belajar