23 August 2006

Muqaddimah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أهلا وسهلا ومرحبا بكم



Selamat datang ke ibnuhassan.blogspot.com. Saya cipta dan bina blog ini untuk kemudahan kita sebagai manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan akal lagi bijaksana untuk berkongsi pendapat dan buah fikiran untuk kita sama-sama mengutarakan sebarang permasalahan agama supaya kita dapat mencari jalan penyelesaiannya. Kerana pada era globalisasi ini dan segala-segalanya berada hanya dihujung jari kita, bermacam-macam permasalahan mengenai agama yang kita cintai ini wujud. Tidak kira dari orang Islam itu sendiri mahupun dari pihak musuh-musuh Islam yang senantiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam diatas muka bumi ini.

Permasalahan yang timbul itu ada yang datangnya dari segi feqah dan ada yang datangnya dari sudut tauhid itu sendiri. Pada hakikatnya saya terpanggil untuk mencipta dan membina blog ini adalah kerana timbulnya rasa untuk berkongsi ilmu saya yang cetek ini bersama dengan saudara-saudari. Mudah-mudahan dengan apa yang saya belajar di Bumi Mesir (Al-Azhar) ini dan dikongsi pula bersama dengan saudara-saudari akan menjadi amal timbangan saya di Hari Akhirat nanti.

Oleh yang demikian saya berharap agar blog yang saya cipta dan bina ini sedikit sebanyak memberi penjelasan dan penerangan sekaligus menghuraikan segala kekusutan dan kecelaruan yang timbul dikalangan masyarakat kita dewasa ini.Sehubungan dengan itu amat besar harapan saya agar kita sama-sama menggunakan blog ini ke arah yang diredhai oleh Allah s.w.t, Rasul-Nya dan manusia seluruh alam.

Sebarang permasalahan bolehlah diutarakan melalui email saya kizsari@yahoo.com atau melalui shoutbox yang telah disediakan didalam blog ini. InsyaAllah saya akan menjawab seberapa cepat yang mungkin jika diizinkan oleh Allah s.w.t. Jika ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan haraplah ditegur dan dibetulkan kerana `saya adalah budak yang baru belajar.

Segala jasa baik dari pihak saudara-saudari, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya. Mudah-mudahan segala apa yang kita lakukan akan mendapat ganjaran disisi-Nya lantas menjadi bahan tambahan untuk memberatkan lagi timbangan kita di Hari Akhirat nanti...InsyaAllah.

Salam mesra dan manis dari saya...Ibnuhassan Alhasanawi.
Wassalam.

No comments:

saya budak baru belajar

saya budak baru belajar